Dari semalam lagi aku dok edit video pasal Musang Berjanggut - Filem komedi sinikal yang berprofil tinggi nih. Tak siap-sia lagi. Apa tak nyer... Baru nak buat kerja, tengok jam nak kena g ambil anak kat sekolah. Lepas tu ingat baleum masuk dapur lagi. Lepas ambik anak, balik umah masuk dapur dulu. Dah siap masak, tengok HP ada mesej daripada zaujah minta ambik di kolej. Kluar drive kereta, jalan jem plak. Huhu... Banyak masa hari di jalan atas kereta.
Tu la orang kata aku kerja kat umah ni banyak masa. SIap boleh tido lagi. Banyak la kau punya masa. Atuk kau la.... Ni nak update blog ni pun ada sedikit masa sebab tenagh dok menaip menguodate blog ni pun tengah berfikir mencari idea nak edit video. Buat 2/3 kerja dalam satu-saty masa. Kepala pun rasa berdenyut semacam jer. Baru jer tadi sorang cikgu call minta datang sekolah dia suruh tengok-tengokkan komputer sekolah yang lembab giler tu katanya.
Berbalik kepada video Musang Berjanggut ni, bahan-bahan dia aku dah ada cuba idea nak sunting video tu supaya jadi menarik jer.
Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita.
Ada dah buat separuh semalam. Tapi cam blur skit. Hahaha... Fikir punya fikir, perut plak meragam. Masuk jamban la dulu.... Mungkin ada idea yang menarik datang time tengah melepas tu. Hahahaha....
Nanti dah siap, aku update balik status ni dah letakk link video tu disini...
No comments:
Post a Comment