Tengahari tadi, pergi ambik zaujah di Kolej Tingkatan 6, lepas tu terus ke KKIA. Nak cuba tukar tarikh tiket balik kampung untuk raya nanti. Tarikh balik kampung dah OK cuma tiket balik Sabah jer yang tak OK. Flight semua full. Terpaksa la kami balik 26hb Julai ke Sabah. Lewat 3 hari tuh... Kena buat surat makluman kepada sekolah anak-anak. Balik, kami singgah makan Nasi Mandy di gerai depan MBR. Hujan punya la lebat. Tengah dok makan, azan Asar. Lepas makan, terus pergi solat Asar. Masuk je masjid, "MasyaAllah... aku kat Masjid Nabawi ke nih. Cantiknya.... Dalaman Masjid Bandaraya dicat baru dengan corak seperti dalam Masjid Nabawi di Madinah.
Lepas solat tengok jam dah pukul 4.00pm lebih dah. Terus pergi SKID. Tunggu anak-anak balik sekolah. Hujan pun dah berhenti, Lepak depan SKID dengan zaujah dalam kereta. Kami "dating" la dulu sambil tunggu anak-anak balik sekolah. Sambil tu, aku update dulu blog nih.
Dok dalam kereta, aku matikan enjin dan bukak tingkap sebab nak jimat minyak dan nak sedut udara segar lepas hujan tapi kereta sebelah ni tak reti bahasa. Bukan panas sangat pun nak pasang aircond. Tapi itulah manusia... Tak sensitif langsung dengan keadaan sekitar. Fikir kepentingan untuk diri sendiri jer...
No comments:
Post a Comment