9/3/2018 : 4.21pm - What am i ?

Assalamualaikum.... Kabare kepada pembaca blog saya. Hope U all sihat-sihat selalu dan sentiaa dalam rahmat Allah swt. 

Seperti biasa kalau anda lihat masa dekat tajuk post saya ni mesti dah dapat agak saya berada dimana. Kalau hari persekolahan, time-time gini saya di depan SKID la. SAya turun awal juga petang ni tapi ingat dapat park bawah pokok cam biasa tapi sekali sampai-sampai dah penuh. Ada yang lagi awak daripada saya rupanya. Mungkin sebab hari ni ada yang kerja separuh hari dan mungkin juga sebab hari ni budak-budak sekolah balik awal.

What am i? Apa maksud soalan tu? Atau Who am I ? Cam citer Jackie Chan plak bunyinyer. Apapun persoalannya, kadang-kadang saya berfikir, saya nak nak jadi apa sebenarnya? Apa kerja yang sesuai dengan saya? Dulu saya pernah kerja dengan orang. Lepas tu saya kerja sendiri. Ada beberapa bisnes yang saya cuba tapi separuh jalan. ADa antaranya bukan tak berjaya atau tak jadi tapi entah mengapa mati di tengah jalan. Atau mungkin sebab Allah dah tentukan memang itu sahaja rezeki saya.

Sekarang ni alhamdulillah rezeki saya dengan Google Youtube. Bulan-bulan saya boleh dapat RM1000 - RM2000 pendapatan daripada Youtube. InsyaAllah, saya aku fokus dengan Youtube ni. Semoga saya istiqamah.... Alhamdulillah saya dapat banyak idea-idea dan bahan-bahan daripada internet. Ya lah... Sekarang ni zaman IT. Maklumat dihujung jari sahaja. Antara nak dengan tak nak jer. Ada juga saya kongsikan idea-idea saya ni kepada beberapa sahabat. Saya ni tak kedekut idea. Dan tak pernah berahsia. Saya suka berkongsi idea agar saya juga dapat feed back yang baik daripada semua sahabat. 

Tapi mereka yang saya  kongsikan idea saya ni bukan nak ikut pun. Kalu nak kata idea saya ni tak menjadi dan tak betul, income Youtube saya semakin bertambah dan subscriber Youtube saya juga semakin meningkat dari hari ke hari. Mungkin mereka ni tak berapa minat atau BLUR? Hahahaha....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...