27/3/2018 4.43pm - Cam si buta plak kalau pakai spec hitam...

Aku ni sebenarnya bukanya suka pakai spec ni lebih-lebih lagi kalau spec hitam. Cam sibuta plak. Hahaha... Aku beli spec  ni pun masa pegi Kudat minggu lepas. Sebab nak pergi Simpang Mengayau. Kat sana panas. Nak tengok permandangan laut pun silau. Jadi, kebetulan ada plak breder yang menjaja spec, tapi pinggang dan dompet ni dapat dekat aku, aku pilih-pilih la mana yang berkenan. Dia minta RM35.00 aku tawar RM20. Dia kasi down RM30. Aku cakap aku nak RM20 gak. Dia down lagi RM25. Aku cakap kalau RM20 jer aku ambik. Kalau tak, TQ jer. Dia mengalah... Hehehe... Jahat ke aku nih? Aku sebagai pengguna, nak harga murah dan tak salah kalau aku tawar menawar.


Dah dia nak jual dengan harga RM20. Aku beli la. Zaujah mula-mula tu tak kasi beli tapi aku bayar gak. Tapi bila dia plak yang pakai, best plak katanya. Hehehe... Pompuan... gitu ler...

Pegi Simpang  Mengayau ari tu cuaca panas sangat jam 4.00pm. Aku ambik gambar pun main agak-agak jer sebab tak berapa nampak sebab silau. Gamnar plak ambik pakai HP jer. Dulu best semasa ada Nikon D90. Sayang, kena curi. Dekat 5k gak harga termasuk aksesori yang aku beli Nikon dulu tu. Tapi apakan daya. Bukan rezeki nak duduk dengan aku lama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...