Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Semasa menulis blog ni aku bukan dok atas kerusi seperti dalam gambar disebelah tapi dok atas kerusi dalam kereta depan SKID, menunggu anak bongsu balik sekolah. Hari terakhir sebelum cuti sekolah selama seminggu. Kalau tak ada exam, malas dah aki nak hantar dia ke sekolah. Hehehe... Tapi sebab dia masih ada exam hari ni, terpaksa la kena pergi sekolah juga.
Gamabar yang aku "tepek" kat sini ni gambar aku kat umah, kat opis kerja aku. Depan 2 PC dan 1 laptop yang aku gunakan untuk buat editing video dan juga mencari bahan-bahan di internet. Tempat aku mencari rezeki.
Zaman taknologi sekarang ni, kerja duduk-duduk saja. Maklumat dihujung jari. Nak buat dosa dan pahala pun hanya di hujung jari sahaja. Hanya duduk-duduk dirumah, dosa boleh sampai satu dunia. Hanya dengan satu jari sahaja kita danboleh menjelajah satu dunia. Internet - inilah dunia tanpa batasan. Nak tengok orang luar negara, nak jelajah ceruk hutang, jalan, celah bangunan pun senang. Hanya klik jer. Boleh pakai Google Instant Street View, anda boleh tengok lorong-lorong dan bandar-bandar seluruh dunia.
Klik dan taip je nama bandar yang nak nak tengok, terus keluar wooo... Kat sebelahni saya snap gambar Bandar Pasir Mas, Kelantan. Jelas sekali boleh tengok. MasyaAllah.... Kalau nak ke tenpat yang kita belum pernah pergi, boleh jelajah dahulu jalan-jalannya. Boleh tangok nama-nama kedai dan nama-nama jalanya. Nasib tak baik, boleh nampak gambar sendiri dalam tu. Hehehe...
Apapun teknologi yang kita gunakan, kena fikir baik dan buruknya kepada diri kita dan keluarga. Terutama kepada anak-anak dan remaja sekarang. Walaupun mereka berada dalam bilik, kena pantau HP dan komputer mereka. Maklumat yang tak terbatas dan tidak bertapis ini boleh mengundang bermacam-macam gejala..... Jadi, fikir-fikirlah baik dan buruknya...
No comments:
Post a Comment